Thursday, March 7, 2013

The Awesomeness

Assalamualaikum

........ok , blur kejap . Oh, semua pernah dengar pasal bukit awesome tak? Jom aku bawak korang pergi sane . Wait!!~ dalam mimpi je... kalo betul-betul nak pergi , pergi sendiri . haha . tapi , pastikan korang pergi ramai-ramai dan make sure ada seorang yang boleh guide korang kat atas sane . sebab , bukit ni bukan senang nak panjat , tahap confidence kene tinggi , kene berani jugak . kalo takot-takot , baik jangan panjat .

Korang tau tak , ape nama bukit awesome ni ? lepas aku google td , bukit ni ade dua nama , yg 1st orang panggil bukit melawati but then bukit ni lebih dikenali sebagai tabur (Bukit Tabur) . Terletak betul-betul berhampiran taman melawati . Korang boleh datang ikut MRR2 , smpai dekat simpang ke melawati tu , masuk je . Nnti korang akan lalu depan sekolah menengah and rendah dekat situ . Teruskan perjalanan sehingga ke kaki bukit tabur bersebelahan dengan JPS ( bace Jabatan Pengairan dan Saliran - sebab dekat situ ade empangan ) . Jalan agak jauh kedalam jugak , so , bagi sesiapa yang tak tahu jalan , sila tanya orang tempatan ye..

Kaki Bukit Tabur - Sumber : Google Map
Perjalanan dari kaki bukit menuju ke puncak pertama bukit ni ambik masa hampir sejam jugak . Jalan mendaki agak mencabar , dan penat . (aku setengah jalan , da pancit) . In the middle of way up there , korang akan nampak satu scene yg agak menarik dari atas sane , korang akan nampak satu tasik yang aku pasti mende tu empangan ulu yam . but then , trip leader aku cakap , mende tu empangan klang . Aku pun tak tau la empangan state mane tu . Aku rase Ulu Yam la..-__-

ni some of the picture half of the way to reach the top :

Jaga alam sekitar

Para pendaki yg tuff~.haha

Check out the peak

Aku tak tau ape yg hepi sngt time ni..-___-'

nikmati~
Sekitar taman melawati
Look behind there!

jatuh padan muka..=P


damn..eh, dam..

Ok , ni pulak gambar dekat puncak :

taiko besar tu..

cam tak caye je kan?..


Bukit tabur ni ade 6 puncak yang perlu korang lalu sblum turun semula ke kaki bukit . and stiap puncak , ko kene lintas setiap satu untuk ke pergi ke puncak seterusnya . Untuk pengetahuan korang , kanan dan kiri puncak adalah gaung-jatuh-pasti-mati-kalo-hidup-pun-patah-liuk-badan-korang . Dekat sini la nak uji level confidence korang tahap mana . Kalo tinggi , korang akan berani nak lompat antara batu je nak pergi ke puncak sebelah sana . kalo level confidence korang rendah , memang ade alternatif lain , tapi kene pusing jauh sikit la . Gambar dekat peak ni tak banyak , sebab route die agak susa dan mencabar . and aku terlampau excited memanjat setiap batu yang ada untuk smpai ke puncak seterusnya . time ni la nak uji tangan kuat mane . kau just hold on to batu using fingers and lift your body using it . Seriously , lagi best dari buat wall climbing .

The last picture tu agak special , people yang pernah sampai dekat last peak , call it carpet lumut something (aku tak ingat apentah namenye..) . Lantai dekat situ hampir semua ditutupi dengan lumut tu , berdasarkan cerita orang sebelum ni la . By the time kitorang sampai situ , tempat tu tak berapa nak hijau sebab , most of the lumut , habis kene pijak dengan hikers yg datang sane .

Total time untuk panjat bukit ni dari mula sampai tiba semula ke kaki bukit memakan masa hampir 3 jam setengah . Bergantung kepada level stamina korang jugak . Kalo tinggi , mungkin masa diambil pun kurang . Kitorang panjat bukit tu mula dari 9 pagi , and smpai dkat tempat mula dalam pukul 12.40 camtu la . Selesai mendaki , kitorang terus pergi makan tengah hari dekat gerai nasi ayam yg aku tak tau nak describe jalan nak pergi ke sana macam mane , and bungkus nasi ayam untuk 5 orang , sebab kitorang ade satu lg destinasi yang nak dituju , Sungai Pisang . 

Bersambung...
by Najeh
p/s: Taken from my blog ;)

2 comments:

Unknown said...

bestnyeee..len kali ajak miss..haha:-)

Unknown said...

waaa... besh lah tempat ni...
cantik....